Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, May 5, 2012

Chocolate Cyst





Endometrosis

Basically untuk pemahaman kita yang bukan doktor...endometrosis juga dikenali sebagai chocolate cyst. Jika ia dikeluarkan ia berbentuk kecairan bewarna cokelat. Apa yang difahami ialah endometrosis berlaku apabila sel tisu endometrium yang sepatutnya menempek di bahagian rahim yang biasanya akan luruh bersama apabila waktu menstrual tetapi telah tumbuh dikawasan lain termasuklah luar rahim, saluran tiub folopio atau kawasan di sekitarnya. Ini akan menyebabkan pendarahan yang berterusan dan boleh menyebabkan kemandulan jika ianya ditahap serius.


Endometriosis melampau sebabkan kemandulan


LAPISAN dalaman rahim dipanggil endometrium. Kadangkala, lapisan sedemikian berada di luar kawasan rahim, di mana-mana di rongga abdomen, ini dipanggil endometriosis.

Endometriosis boleh menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa kedatangan haid. Darjah kesakitan ini berbeza-beza di antara individu. Endometriosis yang melampau boleh menyebabkan kemandulan.

*Endometrium

‘‘Lapisan dalaman rahim dipengaruhi oleh perubahan hormon wanita bulanan, lazimnya kitaran hormon ini selama 28 hari. Pada awalnya, endometrium menebal dan tumbesarannya bertujuan sebagai penyediaan terhadap kehadiran janin.

‘‘Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, endometrium menipis dan gugur sebagai darah haid.

‘‘Perubahan secara berkala bulanan ini dirangsang oleh hormon estrogen dan progesteron yang dikeluarkan oleh ovari,’’ kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor.



Apa itu endometriosis?

Apabila tisu yang sepatutnya berada di dalam rahim, tetapi sekarang berada di luar kawasannya, ini akan dipanggil endometriosis. Ianya berfungsi sama seperti endometrium di dalam rahim.

Kawasan-kawasan yang biasa didapati endometriosis adalah seperti ovari, tiub falopio, permukaan rahim, kawasan di belakang rahim, usus, pundi kencing dan ureter serta rektum.

Tisu endometrium ini akan melekat pada organ-organ lain di dalam pinggul (pelvis) dan juga pada lapisan dalam rongga abdomen yang dipanggil peritoneum.

Sista mungkin terbentuk apabila tisu endometrium ini berada di ovari, ia dipanggil endometrioma.

Masalahnya, kata Dr. Shah Reza, tisu-tisu endometrium di luar rahim ini sebagaimana di dalam rahim, turut terpengaruh dengan perubahan hormon, menipis dan gugur sebagai satu pendarahan bulanan.

‘‘Tetapi pendarahan ini berlaku di kawasan tertutup dan bukannya sebagai darah haid bulanan. Inilah yang menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa haid bulanan. Pendarahan di luar kawasan ini juga menyebabkan berlakunya keradangan.

‘‘Dan akhirnya dengan gangguan bulanan, tisu-tisu yang terlibat berparut dan penyembuhan seterusnya akan mengakibatkan tisu-tisu dan organ-organ melekat di antara satu sama lain, penaupan dan perekatan ini juga menimbulkan kesakitan,’’ ujar beliau.

Lazimnya, rungutan endometriosis ini bertambah serius dari semasa ke semasa. Perawatan boleh membantu penyakit ini dari menjadi bertambah teruk.

Siapakah yang berisiko?

Pada kebiasaannya, umur 30 hingga 40 tahun merupakan umur yang lazim didalangi endometriosis. Wanita yang mempunyai darah haid tidak dikecualikan.

Lazimnya, endometriosis berlaku di kalangan wanita-wanita yang tidak mempunyai anak. Keturunan juga dikaitkan. Sebanyak 75 peratus wanita yang mempunyai sakit pinggul (pelvis) yang kronik, endometriosis menjadi salah satu puncanya.

Simptom-simptom endometriosis

Menurut Dr. Shah Reza, rungutan utama merupakan kesakitan di bahagian pinggul. Kesakitan ini boleh dirasai semasa hubungan seksual, semasa membuang air besar ataupun air kecil dan juga sebelum dan semasa datangnya haid bulanan.

‘‘Pendarahan haid mungkin datang dengan kerap. Seandainya endometriosis ini sudah teruk, kemandulan mungkin berlaku. Harus diingatkan, darjah kesakitan mungkin tidak selari dengan keseriusan endometriosis.

‘‘Ada pula wanita yang mempunyai endometriosis tetapi tidak mempunyai rungutan. Penyakit ini hanya diketahui apabila mereka dirujuk untuk perawatan kemandulan,’’ jelasnya.

Tambah beliau, anggaran 30 peratus wanita yang mempunyai masalah kemandulan kemungkinan besar mengalami endometriosis.

Mengandung, kata beliau, memberikan keselesaan dan kebebasan kepada wanita-wanita yang mempunyai endometriosis.

Begitu juga dengan banyak kaedah perawatan endometriosis di mana kesan-kesannya berdasarkan kepada hubungan dan pengaruh hormon yang terjadi semasa seseorang hamil.

*Diagnosis

Pemeriksaan fizikal dan juga pinggul dilakukan untuk mencari punca-punca lain yang memberikan kesakitan dan permasalahan.

Laparoskopi mungkin dicadangkan untuk meneliti dan membantu dalam penyelesaian endometriosis.

Melalui laparoskopi, tisu-tisu endometriosis boleh disingkirkan. Tisu-tisu yang diambil akan dihantar ke makmal untuk kajian selanjutnya.


Apakah supplement yang membantu yang boleh diambil sebagai langkah pencegah? Antara yang boleh diamalkan ialah protien, b complex, vitamin c dan GLA.* Setiap vitamin ini sangat membantu pertumbuhan sel dan tisu tubuh yang sihat.




Berminat??

PM mama di FB :Eyna Sediey

Email mama : azlinasoid@gmail.com



#Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit#

0 comments:

Post a Comment

 

Text

Sila-sila la yerk...!!!