Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, April 29, 2012

Basic H Organic Super Cleaning Concentrate




Hai u olsss...

ari ni mama nak kongsikan ape yg mama jdi teruja mlm ni....sebelum ni asyik baca testimonial org je...mlm tdi mama testing sendiri....hehhehe....

sebenarnya mama nak kongsi tentang kebaikan n kegunaan Basic H kat umah...ramai yg kata basic H ni cam first aid la kt umah, 1001 kegunaan la...tpi mmg mama tahu byk kegunaannya basic H ni...sebelum 2 meh kita kenal dulu ape itu basic H :-

Tanpa toksik, cara membersih semulajadi


satu jumlah penjimatan yang luar biasa, benar2 berkuasa, pembersih handal yang menanggalkan minyak gris degil dgn hanya dari sebotol pencuci pekat Basic H dengan kepekatan berganda yg hebat.
  • berkepekatan tinggi - 473ml (16 auns) membuat 182 liter (48 gelen ) pencuci berkuasa hebat.
  • digunakan bagi beribu-ribu kerja rumah - membuang kotoran, minyak gris dan kotoran dari mana2 permukaan yg boleh di basuh, luar dan dalam, dinding2, tingkap dan cermin, lantai, peralatan dapur, dapur masak, mana2 bhgian tertutup dan perabot.
  • kesan calar yg mengandungi minyak gris degil meninggalkan kesan comot yg digunakan bg membersihkan laluan berminyak, tempat pembakar gril, ketuhar dan lain2 lgi
  • formula paten tertunda tanpa perlu membilas, tiasa kesan comot dan calar.


selain dari di atas mari kita tgk ape lagi kegunaan basic H ni :-


# KEGUNAAN CARA
1 Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2 Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3 Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4 Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak) Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5 Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6 Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7 Mencuci & membersih lantai serta alat permainan Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8 Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9 Mengasah pisau Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10 Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN



# KEGUNAAN CARA
1 Menghapuskan kutu di atas kepala Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2 Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3 Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4 Demam panas (sebelum berjumpa doctor) Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5 Sakit gigi Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6 Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit) Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7 Ulser dan mulut berbau Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8 Penyubur tanaman dan penggembur tanah Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9 Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

credit to mama cery


ni pict yg mama ambil masa mama mencuci sayur sawi :-


titikkan 2-3 basic H dlm besen..letak sayur sawi yg layu...tgk layu kan??

|

|

|

|

|


Tengok....kembang kan...smpai da terlebih dr besen tdi...hehehhe..masa mama tgk kembang dlm besen mlm tdi...hehehhe..teruja jap...



Kesan kotoran yang tertinggal dlm besen lpas kita rendam....kotorkan??


Banyak lgi sebenarnya kegunaan dia....nti mama update lgi ye...



kalau berminat boleh la :-

PM FB : Eyna Sediey

Email : azlinasoid@gmail.com



Monday, April 23, 2012

Air ketuban : Tidak boleh kurang atau lebih

Sepanjang sembilan bulan janin berada di dalam rahim ibunya, cecair yang dikenali sebagai air ketuban mengelilinginya sekali gus melindungi janin dari sebarang tekanan.

Ia juga melindunginya dari dijangkiti infeksi, memberi makanan kepada bayi dan membantu perkembangan sistem paru-paru serta pencernaan selain menjaga suhu tubuh bayi sentiasa hangat. Cecair ini jugalah yang membuatkan janin bebas bergerak selama berada di dalam rahim.

Cecair ini berwarna keruh dan ia mula mengisi kantung ketuban sekitar dua minggu selepas persenyawaan. Pada permulaannya ia hanyalah air namun selepas 12 minggu barulah ia dipenuhi dengan karbohidrat dan protein.

Sepanjang perkembangan bayi, cecair itu turut meningkat dengan kadar yang maksimum. Pada minggu ke 30 kehamilan, biasanya wanita hamil akan membawa hampir dua liter air ketuban.

Sepanjang tempoh kehamilan itulah, bayi akan menelan air ketuban dan akan mengeluarkannya kembali sebagai urin. Air ketuban ini jugalah yang akan dihirup oleh bayi untuk membantu perkembangan paru-parunya.

Oleh kerana ia mengandungi sel-sel janin, air ketuban ini boleh dijadikan sebagai sampel untuk mengetahui keadaan perubatan janin iaitu sama ada kemungkinan menghadapi n sindrom.

Prosedur pemeriksaan air ketuban ini dinamakan sebagai amniosentesis. Keadaan terlalu banyak atau sedikit air ketuban boleh menjadi tanda berlakunya masalah pada janin atau plasenta (uri).

Masalah Air Ketuban Berlebihan
Masalah kekurangan air ketuban ini dinamakan Oligohidramnion manakala berlebihan pula dinamakan Polihidramnion atau Hidramnion. Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada kehamilan.

Kadar air ketuban berubah seiring dengan usia kehamilan. Pada minggu ke-33, jumlah air ketuban adalah sekitar 1 hingga 1.5 liter dan mulai berkurangan sehingga kandungan mencecah 40 minggu. Bagi kes hidramnion, jumlah air ketuban boleh mencecah sehingga 3 ke 5 liter yang berlaku pada minggu ke-22 kehamilan atau sekitar lima bulan.

Air ketuban berlebihan ini boleh mengakibatkan peregangan rahim sekali gus menggalakkan berlakunya kontraksi sebelum waktunya, menekan diafragma ibu sehingga mengganggu pernafasan, tekanan darah tinggi, bersalin secara pembedahan atau kelahiran pramatang, kedudukan janin menjadi tidak normal, komplikasi sewaktu bersalin seperti pendarahan, komplikasi uri lepas atau janin meninggal dalam kan dungan.

Keadaan air ketuban berlebihan boleh ditandai dengan kandungan membesar dengan pantas, lingkaran perut dan tinggi rahim bertambah dengan cepat. Pada kes-kes Hidramnion ekstrem, perut akan membesar sehingga dinding perut kelihatan nipis dan pembuluh darah di bawah kulit terlihat dengan jelas. Ia juga boleh dilihat pada lapisan kulit yang pecah sehingga menampakkan kesan rekahan yang jelas pada permukaan perut.

Wanita hamil juga mengalami sesak nafas dan masalah pernafasan yang tersekat-sekat, pertambahan berat badan yang berlebihan dan tubuh membengkak. Begitu juga dengan suara denyutan janin kedengaran jauh kerana kedudukannya menjadi jauh dari permukaan.

Masalah Kurang Air Ketuban
Manakala wanita hamil yang mempunyai masalah kekurangan air ketuban boleh mengganggu pertumbuhan pada janin. Ia berlaku disebabkan kelainan ginjal pada janin sehingga pemprosesan urin menjadi sedikit.

Padahal urin termasuk sebagai sumber utama air ketuban. Hamil pada usia pertengahan juga boleh menyebabkan fungsi uri menurun. Penyakit ibu seperti darah tinggi, kencing manis, gangguan pembekuan darah dan penyakit lupus juga boleh menjadi punca air ketuban menjadi sedikit.

Wanita yang berhadapan dengan masalah ini terutama pada trimester pertama berisiko untuk janinnya mengalami kecacatan. Jika dialami pada trimester kedua, ia akan mengganggu perkembangan janin.

Jika berlaku di saat kelahiran, ia boleh menyebabkan komplikasi sewaktu kelahiran. Misalnya kontraksi rahim tidak berlaku dengan berkesan akibat tekanan pada rahim yang tidak seragam. Proses bersalin juga menjadi lebih panjang.

Punca Hidramnion
• Penghasilan air kencing janin berlebihan.
• Ada kelainan pada janin yang menyebabkan cecair ketuban berkumpul. Misalnya hidrosefalus, atresia saluran cerna, kelainan pada ginjal dan saluran kencing kongenital.
• Berlaku sumbatan pada saluran pencernaan pada janin sehingga ia tidak mampu menelan air ketuban.
• Kehamilan kembar kerana ada dua janin yang menghasilkan air kencing.
• Berlaku jangkitan kuman.
• Pertumbuhan terbantut pada sistem saraf pusat sehingga menyebabkan fungsi menelan tidak dapat berjalan lancar.
• Wanita hamil menderita kencing manis yang tidak terkawal.
• Rhesus yang tidak sepadan.

Jika anda.....

Jika anda mencari produk yang cepat dan segera dalam proses penyembuhan, Shaklee bukan jawapan kerana Shaklee tidak mengandungi STEROID!

Jika anda mencari supplement yang mempunyai rasa dan bau yang menarik, Shaklee bukan jawapannya kerana Shaklee adalah asli tanpa perasa dan pengawet tambahan.

Rawatan untuk kulit muka memerlukan 21 hari, rawatan untuk anggota tubuh yang lain memerlukan 90 hari namun kesannya sangat berpanjangan dan sangat memuaskan.
Benar kata pepatah, biar lambat asal selamat.

Jika anda seorang yang sanggup istiqamah dan banyak berdoa serta tawakal...Shaklee boleh menjadi PILIHAN TERBAIK untuk anda.

Credit : AnakkuWiraku

Keunikan Vitamin Shaklee






Kenapa mama berani kata vitamin shaklee ni antara vitamin yang bagus??
meh mama kongsikan ye....

Beza Vitamin Natural dan Sintetik
Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tue nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...

Sejujurnya, saya akui bahwa vitamin Shaklee nie memanglah vitamin mewah, namun ianya tidak semahal yang anda sangka, dan sesiapa jua mampu memlikinya!

Keduanya, vitamin Shaklee ialah vitamin natural/ semulajadi, asli tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan yang pasti, tanpa silika gel dan BUKAN vitamin sintetik.

Jom kita ikuti perbezaan di antara vitamin semulajadi & vitamin sintetik:

1. Penghasilan

-Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

-Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2.Keserasian dengan badan

-Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

-Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

3. Harga

-Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

-Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan

-Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

-Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang

-Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

-Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

credit : GenkiMomma Health Corner


Apa yang tidak boleh ada dalam produk yang baik?

  • pewarna- artificial colours, mengapa perlu ada pewarna? Apa yang cuba disembunyikan melalui pewarna?

  • perasa - artificial flavors, ianya menjimatkan kos penghasilan vitamin berbanding dengan perasa asli.

  • pemanis sintetik-mengapa perlu pemanis sedangkan kita tahu ianya tidak baik untuk kesihatan sedangkan kita mengamalkan makanan kesihatan untuk mengoptimumkan kesihatan?

  • vitamin E -alpha penting untuk kita belajar mengapa ada sesetengah vitamin E yang kita amalkan tidak beri kesan yang betul pada kulit dan tubuh kita. Ini kerana "I" atau "dl" adalah vitamin sintetik manakala "d" adalah asli. Asalan pengeluar menggunakan sintetik kerana ianya lebih murah dan menjimatkan kos.

  • silika gel-Sebenarnya silika gel adalah antara bahan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tambahan vitamin khususnya. Ini kerana apabila adanya kehadiran silika gel, vitamin itu adalah dalam golongan sintetik dan tidak asli.


Jika anda berkemampuan untuk menggunakan sesuatu yang lebih baik, why not get a better one? Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan tanpa silika gel. Pilihan di tangan kita...

credit : Nadiah Suhaidi

Thursday, April 19, 2012

Energizing Soy Protein (ESP)





Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.


NON -GMO SOY

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


RISIKO KEKURANGAN PROTIEN (UMUMNYA)

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)



Mengapa kita perlu amalkan ESP Shaklee?

Sebab sel terbentuk dari protien. Kuku, rambut, kulit malah semua organ adalah terbentuk dari protien. Ya kita makan ikan, daging, ayam , telur malah banyak sumber protien dalam menu harian namun hakikatnya kita tidak dapat memastikan pengambilan makanan tersebut memenuhi keperluan 9 amino asid yang diperlukan oleh badan untuk kekal sihat. Ditambah cara masakan kita hari ini menggunakan suhu masak yang tinggi dan ini hakikatnya mengubah rantaian asid amino dari sumber makanan tersebut. Namun berapa ramai yang sedar akan hakikat ini?

Orang kata minum air soya boleh menyebabkan kanser otak...hakikatnya tak mustahil pun, sebab bila kita masak air soya itu suhunya adalah sangat tinggi maka ia secara langsung mengubah kandungan genetik soya tersebut. Ianya boleh menjadi punca radikal bebas yang wujud dalam badan kita sebab rantaian asal dah berubah.

Saya pun bukan doktor nak terang dengan sangat dalam...namun apa yang boleh saya kongsikan ialah mengapa saya tetap mengambil protien sebagai makanan tambahan terutama ESP ialah

  • mengandungi 14 grams protien soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan.
  • ianya adalah Non GMO soya [ Non Genetically Modified Organism ] maksud, genetik tidak diubah dan disahkan melalui Identify Preservation Program
  • pengambilan protien membantu menghasilkan sel yang sihat dan sel yang sihat sangat membantu dalam penyerapan vitamin yang lain dengan baik sekali.
  • tidak mengandungi kolestrol dan laktosa.
  • ia mengandungi 9 amino asid yang diperlukan oleh badan tetapi tidak dapat dibina dari badan dan perlu diambil dari makanan tambahan.


Protien untuk penyusuan.

Tidak dinafikan ramai ibu yang mengambil vitamin lengkap dengan ESP akan mendapati mereka mudah menghasilkan stok susu buat si manja. Protien yang lengkap membantu penghasilan susu dengan lebih cepat terutama apabila sesi perahan adalah konsisten. Iaitu tidak lebih dari 3 jam untuk jarak setiap sesi.

Ramai ibu yang enggan menerima hakikat ini...mereka memilih untuk mengambil protien dari sumber asli seperti ayam, telur , daging dan banyak lagi namun tanpa mereka sedari, pengambilan itu diiringi dengan lemak dan secara perlahan-lahan terutama ibu yang kurang bersenam, berat mereka akan naik dan badan mereka mula hilang bentuk asalnya. Bagaimana kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 amino asid yang lengkap yang diperlukan oleh badan? Memang tak salah nak bergantung sepenuhnya dengan makanan semulajadi sepenuhnya tetapi perlu tahu cara untuk atasi masalah kegemukkan pula iaitu bersenam dan minum banyak air masak dan sangat bagus amalkan lecithin untuk membantu memecahkan lemak yang berlebihan dalam badan.


Protien untuk kulit yang cantik

Sel kulit wajah kita hidup lebih kurang 21 hari....jika sel kita dapat diganti dengan baik maka muka kita akan selalu nampak bersih dan berseri. Tanda sel kekurangan protien ialah dapat dilihat apabila bekas jerawat di wajah kelihatan hitam dan sukar dihilangkan. Ini kerana sel yang mati itu tidak digantikan dengan sel baru yang sihat. Pengambilan sumber protien dari makanan tambahan sangat membantu mengatasi masalah ini.* Ini kerana protien lengkap sangat perlu untuk pembinaan sel baru, membaikpulih sel dan tisu yang rosak.




Jika anda telah consume ESP, pastikan anda tahu cara pengambilan yang betul dan sesuai mengikut keperluan anda. Harga bukanlah ukuran jika hasil yang diperolehi sangat berbaloi kan?

credit : kak N

Kalau berminat boleh la :

email mama : azlinasoid@gmail.com

PM mama kt FB : Eyna Sediey


#Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit#

 

Text

Sila-sila la yerk...!!!