Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, April 15, 2012

Proses Pembakaran lemak dgn Omega Serta cara yang sihat...!


Hai semua....

Mama tahu ramai di luar sana yang mahu tampil sihat, menarik dan badan yang cantik terutamanya perempuan...tpi x kurang juga lelaki...kerana sekarang ni perempuan dan lelaki seolah-olah berlumba-lumba untuk kelihatan cantik, menarik kau memang da bomb lah kan...betul tak...walaupun tidak dizahirkan dengan kata- kata tapi pernah juga terdetik di dalam hati kan kan kan????hehehhehe

Bagi wanita yang dah berkahwin, mempunyai anak selalunya akan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak....terutamanya yang kerjayanya hanya duduk je...kurang pergerakan....dan berhenti menyusukan anak....tambahan pula yang kurang menitik beratkan soal pemakanan....aci bedal je mkn berlemak tanpa pengawasan.

ok hari ni mama nak kongsi tentang cara pembakaran lemak dengan cara yang sihat, tak perlu kos beribu-ribu untuk ke slimming program oleh pusat2 kecantikan....

Omega, Alfalfa dan Herb Lax sangat membantu. Harganya cukup berpatutan. Namun pengambilan buah sangat membantu sistem pembuangan lebih lancar.

Memang antara tips yang bagus kita amalkan untuk elakkan perut buncit ialah kurangkan minum ais, jangan mandi selepas makan serta bersenam setiap hari. Namun supplement turut membantu melancarkan proses itu.

Disini mama kongsikan ibu yang telah mendapat kesan yang positif dalam membakar lemak menggunakan Omega.....

Alhamdulillah telah hampir sebulan makan Omega sebagai pembakar lemak, ia memang memberi kesan yang sangat hebat pada selera makan saya. Alhamdulillah saya dapat rasakan perbezaannya. Memang setelah amalkan makan omega, kita banyak rasa dahaga dari lapar. Dapat rasa berbanding makan Lecithin. Memang ada yang amalkan Lecithin sahaja sudah dapat merasa bentuk badan yang lebih slim dan cantik terutama bagi ibu menyusu kerana penyusuan itu sendiri membantu si ibu membakar banyak kalori.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa saya belum kawin berat saya cuma 46kg sahaja. Semasa mengandung berat naik 20 kg, dua2 pregnancy berat saya naik 20kg. Semasa menyusu, berat saya max pun 48kg tak pernah lebih. Tapi lepas berhenti, berat naik mendadak....56kg. Ramai yang tegur termasuk mak mertua dan mak sendiri bila perubahan badan saya nampak sangat ketara. Aduhai, sape tak susah hati kan?

Selepas tu saya nekad nak kurus. Saya makan Lecithin pagi, petang dan malam selama seminggu dengan banyak....saya makan banyak buah. Alhamdulillah nampak sedikit perubahan. Turun 3kg permulaan. Namun saya teruskan juga cuma memang kena makan on time. Kalau lambat aje terus lapar macam nak pengsan.


Saya masih amalkan Lecithin dengan berat terkini 51kg. Tapi saya nak cuba dapatkan berat asal iaitu 46kg. Kini saya fokus on Omega pula selepas teruja dengan hasil customer saya. Kenapa sebelum ni saya fokus ngan Lecithin? Sebab kos Omega sedikit mahal berbanding Lecithin. Tapi bak kata customer saya, mahalnya tak la semahal treatment dengan pusat2 kecantikan kurus seperti LWM....balik-balik fikir, betul juga. Duit boleh usaha, so tak salah mencuba.

Apa yang saya amalkan selain makan Omega? Saya pastikan makan buah 2-3 potong sehari. Rumah dekat dengan kedai buah.Kami beli dalam 10 potong untuk satu family 2-3 jenis buah. Senang.
Kalau anda tak boleh makan buah, minum jus buah 2-3 cawan sehari sebab nak serat dalam air tu. Pastikan air jus tu kurang ais sebab ais boleh buat perut kita buncit.
Pagi amalkan minum ESP, Meal shake dan Performance drink. Tapi bagi ibu menyusu, kena breakfast ya, sebab ibu menyusu perlu lebih kalori.
Sedikit senaman ringan sangat perlu, terutama menggerakan tangan, berlari anak dan sedikit sit up.

Bagi ibu menyusu, sebenarnya proses penghasilan susu sendiri membantu membakar lemak dari badan dan ini membantu si ibu mendapat berat dan bentuk badan yang asal. Tetapi mengapa ada ibu yang berat badan makin bertambah walaupun menyusu badan?

Pada saya lah sebagai seorang yang pernah menyusu anak secara lengkap 2 tahun lebih setiap seorang, pemakanan kita memainkan peranan penting selain cara hidup kita.

Omega dan Lecithin adalah dua jenis supplement yang dikenali sebagai fat emulsifier. Ia membantu memecahkan lemak di dalam badan kita. Namun lemak yang dimaksudkan bukan lemak yang ada sejak lahir. Selain itu hasilnya tidak la boleh diharapkan dalam seminggu dua. Perlu masa sebagai mana lemak yang terkumpul dalam tubuh kita juga tidaklah berlaku dengan sekelip mata.
Link
Perlu kesabaran dan amalan istiqamah yang berterusan untuk nampak hasil yang memberansangkan.

Selain daripada itu pengambilan air yg banyak dan juga buah amat penting tau.....

Credit to : Norita

Sesiapa yang berminat boleh email/PM mama
azlinasoid@gmail.com
FB : Eyna Sediey

#Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit#

0 comments:

Post a Comment

 

Text

Sila-sila la yerk...!!!